Reaksi Indonesia Donald Kolopita

  • Lebih 3600 pelajar Malaysia di 17 kampus di seluruh Indonesia masih dalam keadaan selamat walaupun demonstrasi telah diadakan beberapa di Kedutaan Malaysia di Jakarta dan beberapa tempat lain. Dr. Junaidi Abu Bakar selaku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Malaysia telah menghubungi wakil-wakil pelajar terbabit.
  • Donald Kolopita meminta 25 perguruan karate Indonesia tidak bertindak balas kerana kes itu sedang diselesaikan oleh Duta Besar Republik Indonesia di Malaysia.
  • Setiusaha KONI Pusat Rosihan Arsyad, Rita Subowo telah menghubungi Siah Kok Chi, Setiusaha Majlis Olimpik Malaysia dan menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Kes ini pertama kali terjadi terhadap kejohanan karate di Malaysia.
  • Ketua Majlis Perguruan (MLP) Karate Indonesia, GA Pesik menjelaskan bahawa PB Forki melalui Ketua PB Forki Luhut Binsar Panjaitan telah cuba mendapatkan penjelasan sebenar dari Ibu pejabat Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohd Noh Kandah. Luhut B. Pandjaitan memutuskan pasukan karate perlu menarik diri .Ketua Kontinjen Karate Indonesia Luhut Pandjaitan telah melawat Donald di Hospital Tunku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Bagi Luhut, tindakan ini sangat keterlaluan dan menginjak harga diri bangsa. Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) Mohd Noor Nordin menyatakan kekesalan atas kejadian yang menimpa Donald. Perkara ini akan dibawa ke Persekutuan Karate Antarabangsa (WKF).
  • Duta Malaysia ke Indonesia, Dato Zainal Abidin Muhammad Zain telah dipanggil berjumpa dengan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia di ibu pejabat Dewan Perwakilan Rakyat (DPR/MPR) di Jakarta pada hari 29 Ogos 2007.
  • Speaker Parlimen Republik Indonesia Agung Laksono menegaskan Timbalan Presiden Jusuf Kalla sepatutnya tidak pergi ke Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2007 bagi menyertai sambutan Kemerdekaan 30 Malaysia merdeka. Produk Malaysia hendaklah diboikot. Ironi polis Malaysia tidak memberi sebarang kronologi kes itu.[1]
  • Ibu pejabat Excelcomindo Pratama Tbk, sebuah syarikat telekomunikasi ketiga terbesar di Indonesia yang menjadi unit syarikat Telekom Malaysia menerima ugutan bom tetapi ternyata palsu.
  • Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Adyaksa Dault telah menghubungi Datuk Seri Azalina Othman selalu Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi mendapatkan gambaran sebenar kes tersebut. Kemudian akan membuat laporan terus kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
  • Happy Bone Zulkarnaen dari Parti Golkar menyatakan permohonan maaf dari Abdullah Badawi menerusi telefon kepada Sosilo tidak cukup. Sebaliknya mahu permohonan rasmi kepada rakyat Indonesia.[2]
  • Pada 1 September 2007, 3 rakyat Malaysia telah ditangkap di Sentul, Bogor kerana telah bekerja selama 3 bulan menggunakan pas pelancong sahaja. Mereka ialah Tek Choong Eng (53 , dari Pulau Pinang), Yap Yuen Loy (43, dari Kuala Lumpur) dan Tee Kok Khing (31, dari Pulau Pinang). Mereka bekerja di kilang fabrik kulit PT Mastrotto, Sentul, Kabupaten Bogor.

Rujukan

WikiPedia: Donald Kolopita http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://kotapalembang.blogspot.com/2007/08/donald-k... http://www.gatra.com/artikel.php?id=107289 http://www.indosiar.com/fokus/penganiayaan-wasit-k... http://www.kompas.com/kompas-cetak/0709/01/utama/3... http://www.kompas.com/ver1/Internasional/0708/28/0... http://www.kompas.com/ver1/Olahraga/0708/27/140846... http://www.thejakartapost.com/detailheadlines.asp?... http://www.antara.co.id/en/arc/2007/8/28/house-sla...